Wednesday, 31 December 2014

Selamat Datang 2015

Teks: Siti Aiesyah Yahaya





Alhamdulillah, selepas 2 minggu meyepi, pagi ini Allah datangkan kesempatan untuk berkongsi sedikit pandangan berkenaan masa yang telah berlalu. Ada pandangan menyatakan, barang yang lalu jangan dikenang, tetapi hakikatnya kita perlu juga mengenang kisah lalu agar yang buruk menjadi teladan dan peringatan untuk kita memperbaiki kesilapan. Masa lalu menjadi sejarah dan sudah pasti masa yang berlalu tidak akan datang kembali. Sebab itu ada pepatah menyatakan 'ingat 5 sebelum 5'. Jom kita tengok apakah perkara tersebut.


1. Masa kita sihat sebelum sakit
2. Masa kita muda sebelum tua
3. Masa kita kaya sebelum miskin
4. Masa kita lapang sebelum sempit
5. Masa kita hidup sebelum mati.


Masa sihat sangat bernilai kerana kita dapat melakukan semua pekerjaan dengan tenaga yang paling optimum. Selalunya, nikmat sihat ini hanya kita sedari selepas kita ditimpa kesakitan, penyakit atau keadaan yang membuatkan kita tidak mampu bergerak seaktif dan selincah orang lain. Pada masa inilah, kita akan berdoa bersungguh-sungguh, spesifik dan sentiasa mengenang masa lalu. Hakikatnya, Allah uji dan berikan kesakitan kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki. Walaubagaimanapun, banyak perkara mesti dilakukan untuk mendapat kesihatan yang terbaik, bukan sekadar menjalani kehidupan sehari-hari seperti biasa. Untuk mendapat kesihatan yang baik, kita mesti merencana merencana hidup dengan luar biasa. Umum mengetahui kesihatan berkait rapat dengan tabiat dan gaya hidup. Awal kehidupan, celik sahaja mata dari tidur, kesihatan diraih dengan tidak meninggalkan solat. Solat senaman yang paling luar biasa dan mengaktifkan semua cas atau ion dalam tubuh. Pernah saya terbaca dalam sebuah kajian berkenaan kebaikan solat dari segi saintifik. Allah yang menciptakan kita Maha Mengetahui kenapa solat itu diwajibkan. Kesihatan itu sesungguhnya berkait rapat dengan jiwa, hati dan qalbu. Itu pandangan saya. Selain mengamalkan pemakanan seimbang, sihat dan berkhasiat, amalkan juga pemakanan sunnah yang memang diketahui sangat baik membantu kita untuk lebih bertenaga. Topupkan dengan vitamin vitamin yang superb, kita akan menjadi lebih cergas! Semuanya dengan keizinan dari-Nya.

Masa muda sebelum tua. Bercakap soal tua, wanita biasanya paling alergik. Lihat sahaja apabila kaum ini ditanya berkenaan umur. Tidak semua suka menjawabnya. Ada yang sedaya upaya berahsia dan cuba menutup soalan dengan mengalih kepada topik yang lain pula. Haha. Saya tau taktik ini sebab banyak juga pengalaman berdepan situasi ini. Yang tidak berahsia pun ramai juga. Yang penting jiwa kita muda. Muda bermaksud sentiasa semangat, aktif dan teruja dalam menjalani kehidupan. Bukan suram, pasif dan longlai mendepani hari-hari. Hidup terlalu singkat untuk kita berkeluh-kesah. Positiflah. Kata-kata ini juga untuk diri saya. Hehe.

Masa kaya sebelum miskin. Sebut sahaja kaya, ramai mentafsirkan sebagai wang dan harta. Benar. Tetapi, ada takrifan yang lebih luas daripada  itu. Kaya jiwa, kaya akhlak, kaya senyuman, kaya peribadi. Hah. Beza kan. Kaya didunia tidak cukup sebenarnya. Ada pandangan menyatakan lebih baik miskin didunia tetapi kaya diakhirat. Tetapi, saya terfikir, bukankah lebih baik kita kaya didunia dan kaya diakhirat. Bukankah itu terbaik?
Boleh meninngikan nilai infaq dan sedekah! Boleh membantu menyebarkan dakwah! Jom kita jadi kaya didunia, dan kaya diakhirat! Sesungguhnya, kita semua sedar, kekayaan tidak akan datang bergolek. Semuanya perlukan usaha, pengorbanan dan ilmu, bukan sekadar duduk bergoyang-kaki dan bercakap dalam hati, aku nak KAYA! Oh, tidak. Itu bukan caranya. Cakap cakap tanpa ada tindakan tidak akan membuahkan hasil. Peribahasa menyatakan, bagai menunggu pohon atau pokok yang tidak berbuah. Walaupun demikian, miskin bukanlah pemutus kebahagiaan. Ada orang miskin harta, tetapi hidupnya bahagia dengan suara dan gelak tawa anak-anak. Ada orang kaya, tetapi jiwanya miskin dengan kebahagiaan hati dan sarat pula dengan kesakitan.

Masa lapang sebelum sempit. Saya pernah terbaca sekiranya kita masih mempunyai masa lapang, kita bukanlah pejuang yang sebenar. Orang yang berjuang tidak kiralah dalam arena mana pun dia berada sebenarnya tidak akan pernah mempunyai masa lapang. Hihi. Saya sangat menghargai masa senggang saya walaupun 10 minit. Terutama dengan si kecil cilik. Memandangkan apabila matahari terbit saya sudah bergerak ke tempat kerja, dan pulang selepas Asar, oh setiap waktu cuti akan cuba dimanfaatkan dengan si cilik. Setiap kali mengadap telefon atau komputer membuat tugasan, si cilik akan berada di sisi minta perhatian. Pernah satu hari, si cilik tiba-tiba menggigit tangan ini. Memang mungkin sebab giginya gatal, baru nak tumbuh dan suka menggigit (dalam masa seminggu tersebut) Allah memberi peringatan jangan asyik menghadap telefon atau komputer terutamya di saat anak menagih perhatian. Alhamdulillah. Saya lebih berhati-hati dan menghargai masa ketika bersama si cilik.

Masa hidup selepas mati. Subhanallah, Maha Suci Allah yang menghidupkan dan Dia berkuasa mematikan. Terputuslah semua perkara didunia ini melainkan tiga perkara:

- doa anak yang soleh
- sedekah jariah
- ilmu yang dimanfaatkan

Berusahalah  kita mendidik zuriat kita dengan sebaik-baik didikan, dengan mengenal ilmu yang paling asas sewaktu bayi lagi, iaitu ilmu tauhid, ilmu mengenal Pencipta. Bayi sewaktu kecil diajarkan mengenal Allah, akan lebih terdidik dan tenang jiwanya. Jauhilah perkara lagha dan hiburan yang  menceriakan tetapi sebenarnya merosak jiwa. Faham ke? Hihi. Contohnya, konsert kanak-kanak, rancangan tv mengarut dan seumpamanya. Oh tidak! Bahana apakah ini! Sebab itu, walaupun kita sudah dewasa dan merasakan kita sudah menyediakan yang terbaik untuk anak-anak, kita tidak semestinya sempurna dari melakukan kesilapan. Hadirlah seminar keibu-bapaan dan tuntutlah ilmu. Pengalaman saya melihat anak-anak yang tidak tenang jiwanya dan tidak fokus, lemah pembelajaran dan tidak kuat jiwanya menghadapi cabaran disebabkan ibu bapa dan keluarga membiarkan teknologi menguasai anak-anak. Salah sama sekali. Sepatutnya, kita yang menguasai teknologi. Gajet, televisyen dan kecanggihan yang lain perlu dikawal 200% oleh ibu bapa. Anak-anak yang tidak terasuh dan tidak matang lagi minda dan pemikirannya ini sangat mudah terikut-ikut dan meniru semua aksi dan perbuatan yang ditonton. Wahai ibu bapa, untuk mendapat anak yang soleh, kita dulu perlu berubah!

Umum kita mengetahui Allah menggandakan setiap sedekah kita. Walau  sikit atau kecilnya sumbangan kita, asal sahaja niatnya ikhlas kerana Allah, kita tidak perlu menunggu lama untuk beroleh ganjaran dari Allah. Jangan takut menghulurkan sumbangan, ganjarannya sangat besar. Apatah lagi kalau kita sumbangkan untuk agama, Subhanallah, Allah akan beri kecukupan. 

Ilmu yang dimanfaatkan adalah ilmu yang baik dan bukan ilmu yang sia-sia. Beruntunglah para ulama, murabbi dan pendidik yang ikhlas dan amanah jiwanya, ilmu yang digunakan dengan sebaik-baiknya kita sebagai penyampai ilmu tersebut turut mendapat saham dan keuntungannya diakhirat.

Saya sekadar berkongsi apa yang terlintas di hati dan semoga kita beroleh manfaatnya.

2015.
Semoga kita lebih dekat dan bertambah cinta kepada Sang Pencipta. Ayuh sama sama kita berusaha meningkatkan diri dan berubah ke arah yang lebih baik!

Tuesday, 16 December 2014

7 Kelebihan Energizing Soy Protein

Teks : Siti Aiesyah Yahaya






Bismillah. Sejak dari semalam cuaca agak panas, dan hari ini hujan pun tidak lama, dan panas petang masih terasa membahang. Melihatkan kepada minuman di atas, tekak terasa minta diisi. Energizing Soy Protein dari Shaklee ini benar-benar terasa mengenyangkan. Apatah lagi jika kita campurkan dengan buah-buahan segar didalamnya dan diletakkan ais yang diksar. Subhanallah, nikmatnya air apabila dahaga! Jom kita semak kebaikan ESP ini.

Selepas membaca dan memahami kandungan dan label pada ESP itu sendiri, saya yakin ia disahkan mengandungi kualiti protein yang tinggi, dan hanya mengandungi "non-GMO" (non-genetically modified organisms) yang mana diproses pada kadar yang rendah. Setiap 850 g (satu tin ESP) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.

ESP ini menyediakan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Ia sangat sesuai untuk semua peringkat umur, tua dan muda. Manakala, kandungan indeks Glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39, menjadikan ia sangat sesuai juga kepada pengidap kencing manis.

Set hidangan dari ESP ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur,  12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolesterol, tiada asid urik dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.

KADAR GLISEMIK RENDAH

Jenis KARBOHIDRAT satu makanan bergantung kepada indeks glisemik makanan tersebut. Apa yang saya fahami, makanan dengan indeks glisemik tinggi meningkatkan kadar gula dalam darah dengan cepat. Maka, penderita diabetes memang disarankan untuk memilih makanan yang mempunyai indeks glisemik yang rendah. ESP memenuhi ciri-ciri ini. 



 MAKANAN
 INDEKS GLISEMIK
 Kekacang
14
 Buah anggur
 25
 Epal
 38
 Spagetti
 42
 Lobak merah
 47
 Oren
 48
Pisang 52


Produk ESP ini mempunyai GI 39 dan ia superb serta  mudah diserap!

7  KELEBIHAN ESP


1.  Awet muda
 Asid amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah,
 organ, kulit, gland dan lain-lain. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda.

2. Baik untuk hormon
Kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolesterol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.

3. Baik untuk prostat
Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada kanser. Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menepous, dan pembesaran prostat.

4. Kulit remaja
Meransang pembentukan semula kilit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, percepat sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.

5. Pembekal tenaga
Membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain dan imsonia.

6. Membaiki pigmentasi
Membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua.

7. Membaiki memori
Meningkatkan kualiti memori dan dorongan seksual.

                                                                               * sumber:buku panduan nutrisi

CARA PENGGUNAAN

2-3 kali sehari, 2 sudu besar semasa perut kosong
( boleh campur dengan Meal Shakes dan Performance Drink)

Alhamdulillah, pelanggan saya yang mengambil ESP memberikan rasa puas hati dengan minuman ini. Ada yang menambah, mereka senang untuk lawas, kulit bertambah cerah dan rasa kenyang sentiasa! 




Pm           :  016 9178 799
E-mel       :  sitiaiesyahyahaya@gmail.com
COD        :  Bandaraya Johor Bahru

Servis cepat dan cekap!

Monday, 15 December 2014

8 Sebab Sukar Meraih Rezeki

Teks: Siti Aiesyah Yahaya





                                                       



Bismillah. Kelihatan tajuk berbaur negatif, tapi melihat icon senyum diatas, terus hati dan jiwa ini mengukir senyuman. Jom kita fahami sebab-sebab kenapa sukar untuk memperoleh rezeki.
Rezeki yang dimaksudkan mestilah rezeki yang berkat dan seterusnya menambahkan lagi keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah S.W.T.


8 SEBAB SUKAR MENJEMPUT REZEKI

1. Gemar mengungkit-ungkit pemberian
2. Asyik menyatakan duit tidak cukup (ingat, kata-kata adalah doa)
3. Berkira-kira untuk bersedekah walaupun seringgit
4. Berkira-kira untuk memberikan pertolongan
5. Riak bila bersedekah
6. Banyak membuat maksiat
7. Kurang / tidak banyak beristighfar
8. Tidak bersyukur dan banyak mengeluh



REZEKI

Takrifan rezeki selalu disalah anggap oleh kebanyakan orang dengan memahami bahawa WANG ialah rezeki utama. Hakikatnya, rezeki itu sangat luas maknanya. Pasangan hidup yang soleh/soleha merupakan rezeki yang sangat bernilai dalam kehidupan kita. Selain itu, rezeki juga termasuk didalamnya kebahagiaan, peluang menyambung pelajaran, dikurniakan anak dan keluasan masa. 

Sesungguhnya, kita memahami bahawa Allah s.w.t sebagai pemberi rezeki. Tetapi, wajarkah kita hanya menunggu rezeki datang?. Rezeki akan hadir jika kita tahu cara untuk menjemputnya. Rezeki itu sangat kuat hubungannya dengan Allah s.w.t dan ia bukan sekadar usaha kita 100% sahaja.

Allah menyatakan dengan jelasnmelalui firman-Nya di dalam al-Quran bermaksud:

Kepunyaan-Nyalah semua yang ada dilangit, dibumi, di antara keduanya dan yang ada dibawah tanah.                   (Thaha 20:6)



Allah juga menyatakan tentang jaminan-Nya iaitu:

Sesungguhnya, Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan tidak terhitung jumlahnya. (Ali'Imran 3: 37)           



Bagaimana caranya untuk mudah menjemput rezeki? Baca entri akan datang ye!

Wednesday, 10 December 2014

SUPLEMEN BERKAITAN DENGAN JANTUNG

Teks: Siti Aiesyah


Bismillah.

Anda lihat  jantung@  hati yang sedang di rawat?

Pagi ini saya dikejutkan dengan permintaan seorang pelanggan yang mahu mendapatkan suplemen sihat untuk jantung. Alhamdulillah, Shaklee mempunyai set cadangan tersebut. Kolesterol 'customer' dari Singapura ini sudah berada dalam keadaan stabil, dan kini saya berdoa agar Allah memberi kesihatan yang baik terhadap kesihatan beliau. Jom kita fahami bagaimana menjaga kesihatan jantung.

Jantung merupakan organ yang paling penting dalam tubuh manusia. Jantung yang sihat berupaya mengepam darah ke seluruh badan dalam keadaan yang paling optimum. Keupayaan jantung berfungsi dengan baik juga berkait rapat dengan pemakanan dan gaya hidup yang sihat.

Jantung mengepam hampir 2000 gelen darah ke seluruh bahagian tubuh manusia. Sebagai otot yang bekerja keras di dalam tubuh anda dan pusat kawalan utama sistem peredaran darah, jantung anda memerlukan jumlah tenaga yang besar untuk berfungsi dengan cekap.Tenaga tersebut diperoleh dengan bantuan nutrien yang di panggil ko-enzim Q10, yang berperanan membantu kesihatan salur darah. COQ10 dihasilkan secara semula jadi oleh tumbuhan dan wujud dalam semua sel. Pengambilan makanan membantu dalam mengekalkan tahap COQ10, tetapi amaun CoQ10 yang diperoleh dari  makanan secara tipikal kurang dari 10mg sehari. Ada faktor seperti diet tidak seimbang, faktor usia, dan pendedahan kepada radikal bebas memerlukan kepada pengambilan suplemen ini. Penggunaan ubat-ubatan tertentu mengurangkan tahap CoQ10 di dalam darah.

BAGAIMANA COQ10 MEMBANTU JANTUNG ANDA?

CoQ10Health Shaklee menampilkan campuran semulajadi proprietari 100 mg CoQ10 dan resveraterol didalam softgel yang available.

CoQ10 berupaya:
  • membantu penghasilan tenaga dalam organ jantung
  • meningkatkan peredaran darah 
  • mengurangkan episod serangan angina 
  • mengurangkan palpitasi jantung
  • menggalakkan dan melindungi arteri sihat dari oksidasi LDL.
  • kajian menunjukkan CoQ10 mempunyai potensi mengurangkan tekanan darah secara semulajadi.
  • menghalang oksidasi LDL kolesterol tidak baik dan menghalangnya dari melekat dan menyumbat salur darah.
  • membantu menambah dan mengekalkan tahap CoQ10 dalam darah.
  • meningkatkan tenaga
  • mengurangkan kelesuan
  • meningkatkan kecerdasan mental
  • merancakkan sel-sel otak, memori dan keupayaan kognitif. Suplemen CoQ10 mengurangkan serangan migrain, pening dan perasaan loya.
  • CoQHealth juga mengandungi resveratrol, yang terbukti merehatkan salur darah dan membantu pengaliran darah. 



 
 CoQ Health Plus Shaklee
Harga: RM 124



Ingin mendapatkan konsultasi terbaik?

Hubungi saya : 016 9178 799 (aiesyah) / 017 7016 936 (imran)
SID                 : 1173442
COD               : Bandaraya JB
POS                : Seluruh Malaysia


Semoga kita dapat memberi manfaat kepada kehidupan orang lain!









Oh, tidak! Endometriosis?

Teks: Siti Aiesyah

Bismillah.

Saya sambung entri ini berkenaan penyakit yang saya pernah alami. Sejak saya disahkan mempunyai ketumbuhan dalam rahim, saya semakin rajin mencari. Mencari Ilahi, mencari sebab saya yang dipilh dari berjuta umat manusia, mencari punca dan sebab saya menghidap penyakit ini! Adakah ini penyakit genetik? Mari kita fahami dan berkongsi maklumat ini.







ENDOMETRIOSIS

Penyakit ini dikatakan sebagai penyakit yang luar biasa. Ramai wanita di luar sana sebenarnya boleh mengalami penyakit ini jika dibiarkan simptomya berterusan. Masalah yang biasa dialami ialah senggugut dan kesakitan, keguguran berulang dan boleh membawa kemandulan. Masalah senggugut  khususnya sejak awal usia remaja tidak bole dipandang enteng, kerana dikhuatiri memberi kesan selepas berkahwin.
Antara masalah lain ialah pendarahan , gangguan kencing, kesakitan dan lain-lain.

Tisu dari selaput endometrium telah tumbuh di luar rahim. Tisu ini boleh tumbuh pada kilang telur (ovari), belakang rahim, saluran fallopio, pundi kencing dan boleh juga terdapat di tempat-tempat aneh seperti parut bekas pembedahan untuk melahirkan anak atau tujuan lain.

Apa yang saya fahami, terdapat teori menyatakan ada kemungkinan darah kotor melimpah atau tumpah ke belakang rahim melalui saluran fallofio. Mungkin ini disebabkan keadaan rahim yang kedudukannya jatuh ke belakang iaitu ke arah tulang tongking (retroverted uterus).Keadaan rahim begini seringkali dikaitkan dengan endometriosis, sedangkan rahim yang menghadap ke hadapan  (anterverted) jarang menghidap endometriosis).

Dr. Tey, seorang pakar O & G dari Tey Maternity Specialist juga memaklumkan bahawa saya mempunyai retroverted uterus. Oh, subhanallah! Itu mungkin salah satu puncanya. Senggugut juga kerapkali berlaku, pernah saya dimarahi pensyarah kerana tidak dapat hadir ke kelasnya, sedangkan saya benar-benar tidak mampu untuk berdiri apatah lagi berjalan untuk menuju ke kelas!. Walaupun demikian, kesakitan itu sudah sangat berkurang selepas melahirkan anak. Alhamdulillah!

Hasil pembacaan saya juga mendapati, ada yang menyatakan ketahanan wanita tersebut telah lemah dan luntur. Oleh itu, sangat mudah bagi tisu ini tumbuh ditempat yang tidak sepatutnya! Jika keadaan ini berlaku dalam ovari, lama kelamaan darah akan berkumpul serta menyebabkan ovarian cyst atau choclate cyst kerana mengandungi darah kotor yang berbentuk seperti pasta coklat.

Bagaimana ia menyebabkan kemandulan?

Penyakit ini boleh merosakkan kilang telur dan mengakibatkan ketiadaan benih. Ia juga menyebabkan kerosakan pada saluran fallofio menyebabkan benih lelaki tidak boleh masuk untuk bertemu dengan telur. Ada juga berpandangan ia mengeluarkan racun yang membunuh sperma dan benih. Wallahu'alam.


Kita sambung bagaimana rawatan yang perlu diambil pada entry seterusnya ya.


Luv,
Ummuamani










   


Saturday, 6 December 2014

FUNGSI GLA SHAKLEE

Teks: Siti Aiesyah Yahaya

Bismillah.
Saya sertakan fungsi dan manfaat GLA.

Apa itu GLA?
GLA merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan Vitamin E.
Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid.
Tiada perisa, pemanis, pewarna dan pengawet tambahan.

Fungsi GLA Complex SHAKLEE
*Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
*Membantu meningkatkan kesuburan
*Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
*Membantu dalam menangani menopus
*Menguatkan kuku dan rambut
*Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
*Membantu menangai ekzema
*Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
*Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
*Menguatkan imuniti tubuh
*Memperlahankan proses penuaan
*Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
*Mengawal kencing manis dan darah tinggi
*Mengawal kolesterol
*Untuk fungsi saraf

Jom kita tengok testimonial daripada pengguna GLA ini!


  






COD : Bandaraya JB, Larkin, BBU
POS  : Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak
Tel    : 016 917 8799 (aiesyah)


Friday, 5 December 2014

PUNCA SUKAR HAMIL ATAU MENGANDUNG

Teks: Siti Aiesyah Yahaya


Bismillah.



Melihatkan keindahan wajah suci di atas, setiap pasangan berkahwin sudah pastinya mempunyai keinginan untuk memperoleh zuriat. Zuriat termasuk dalam rezeki yang telah ditakdirkan oleh Allah swt. Walaubagaimanapun, sebagai seorang muslim, kita mestilah berusaha dan tidak mudah untuk berputus asa serta hanya berserah kepada takdir.

Terdapat banyak punca dan sebab seseorang itu sukar mendapat anak. Mari kita telusuri sebab-sebabnya dan cara penyelesaian serta ikhtiar yang boleh diusahakan bersama.

Kegagalan dan punca wanita tidak/ sukar hamil

1. Terdapat wanita yang mengalami masalah pada saluran fallopio. Tiub ini berfungsi untuk menghantar benih wanita dari ovari ke rahim untuk disenyawakan oleh benih lelaki (sperma). Contoh penyakit ialah jangkitan dalam pelvis, endometriosis, pembedahan pelvis dan sebagainya.

Saya berkongsi sendiri pengalaman sebagai seorang pesakit endometriosis. 3 bulan selepas berkahwin, ramai kawan-kawan menegur berat badan saya. Kami sangkakan saya hamil,"bunting pelamin", tetapi rupa-rupanya apa yang kami jangkakan meleset sama sekali. Pertama kali berjumpa doktor, doktor menjangkakan terdapat seketul fibroid yang besar dalam rahim saya. Subhanallah, siapa sangka,usia muda tetapi Allah uji dengan sesuatu yang tidak saya jangkakan. Untuk keputusan yang lebih tepat, saya berjumpa sendiri dengan dua orang doktor pakar O & G, iaitu doktor pakar sakit puan. Satu di Kluang Johor dan satu lagi di Tey Maternity Specialist, Muar. Kedua-dua doktor pakar menolak diognosis pertama dan mereka mengesahkan saya mengidap endometriosis dan terdapat dua ketumbuhan bersaiz besar dan sederhana di kedua belah rahim saya! Masya- Allah. Hanya Allah yang tahu perasaan saya ketika itu. Ingin mengetahui kisah saya menempuh cabaran getir ini? Saya akan berkongsikan dengan anda untuk kita sama-sama termotivasi!


 


                                               Ovarian cyst & endometriosis



2. Masalah ketidakstabilan hormon dalam badan. Hormon yang stabil sangat penting kepada kita untuk menghasilkan pengeluaran benih (ovum) dan menyediakan persekitaran dinding rahim yang sesuai dan terbaik dalam penempelan zigot. Jika ada masalah hormon, maka tiada ovum yang dikeluarkan atau ovum yang dihasilkan kurang berkualiti. Kualiti ovum sangat penting kerana persenyawaan memerlukan ovum yang baik yang terhasil dari ovari wanita tersebut.


Sebelum saya disahkan penyakit ini, saya merasai sendiri perubahan dalam kitaer haid saya. Sebelum ini, haid sangat tepat pengeluarannya dan lancar, tetapi, selepas berkahwin saya didatangi haid dua kali sebulan!. Masya-Allah, perasaan tidak enak yang menyelubungi diri akhirnya terjawab juga. Pada masa itu, sebelum pembedahan (major operation) dilakukan, saya mencuba pelbagai kaedah hanya untuk mengecutkan cyst dalam rahim saya. Hakikatnya, dari hari ke hari, ia makin membesar!




            Ukuran fibroid pelbagai saiz, ia berbeza dengan cyst

              Kandungan cyst juga variasi (pelbagai)


3.  Masalah serviks kerana sperma tidak dapat melaluinya. Ini berikutan ia tersumbat akibat penghasilan lendir berlebihan atau kerosakan akibat pembedahan yang lalu. Masalah ini masih boleh diatasi dengan kaedah 'intrauterine insemination' iaitu benih yang disenyawakan akan dimasukkan ke dalam rahim.

Kaedah ini biasanya dilakukan oleh pasangan berduit, tetapi harganya masih lagi murah jika dibandingkan dengan kaedah IVF atau yang lain. Pasangan yang sudah dua tahun berkahwin tetapi gagal dikurniakan zuriat boleh mencuba kaedah ini. Lakukan perbandingan harga dan dapatkan pakar terbaik! 

4. Terdapat juga punca yang tidak dapat dikenalpasti walaupun pelbagai ujian telah dilakukan. Pemeriksaan kesihatan dan kesuburan mestilah dilakukan bersama-sama suami isteri dan tidak boleh dilakukan hanya sebelah pihak sahaja. Bersabarlah dan kuatkan semangat dalam menempuh ujian Allah.


Untuk pembaca sekalian, saya sendiri menunggu hampir setahun setengah untuk mendapatkan zuriat. Tetapi, saya dapat mengenalpasti punca masalah dan berikhtiar mencari penyelesaian. Nasihat saya sebenarnya, kita tidak perlu menunggu terlalu lama sehingga dua tahun untuk mendapatkan pemeriksaan doktor. 

Doktor pakar yang merawat menyatakan saya bertuah kerana cepat mengetahui punca masalah dan tidak menunggu lama dalam mendapatkan zuriat, kerana ada kebanyakan pasangan gagal hamil hanya mengetahui punca selepas usia perkahwinan melebihi 3  tahun dan ke atas. Ayuh kawan-kawan, jangan memberi tempoh masa dalam berjumpa doktor kerana lebih cepat kita mengetahui punca gagal hamil, lebih mudah solusi yang akan kita ikhtiarkan!


Anda perlukan nasihat atau motivasi?
Hubungi saya!


Luv,
Ummuamani
     





Tuesday, 2 December 2014

RENUNGAN BERSAMA

Teks: Siti Aiesyah 




Saya kongsikan sedikit kata-kata hikmah   sebagai motivasi diri. Jom kita renungkan!

Berusahalah, jangan berpuas hati sehingga yang baik menjadi lebih baik dan yang lebih baik menjadi paling baik. (Larry Bielat)
> Kita jangan mudah berasa senang dan tiada apa lagi yang perlu kita perbaiki. Bukanlah bermaksud kita tidak bersyukur, tetapi pandangan saya menyatakan bahawa sepatutnya hari ini kita lebih baik daripada semalam.

Manusia cemerlang fokus kepada kerja penting walaupun tidak seronok. Sementara manusia lemah fokus kepada kerja seronok walaupun tidak penting. (Dr. Shukri Abdullah)
> Saya suka pada kata-kata di atas. Kerja yang penting  adakalanya dilakukan tanpa perasaan seronok, tetapi tatkala memperoleh hasil, kita akan tersenyum dan menyatakan syukur. Berpeluang berjumpa dengan Dr.Shukri, saya menghormati beliau yang bersungguh dalam bidang pendidikan.Beliau menyatakan kebimbangan perihal anak-anak seawl usia hingga remaja yang telah diberikan gadget atau telefon pintar. Natijahnya sangat banyak dan lebih banyak keburukan daripada kebaikan.  Insya-Allah, kami akan bertemu dengan beliau sekali lagi di Malaysia Productivity Centre, Bandar Baru Uda pada 25 Disember 2014 untuk sesi taklimat bersama ibu bapa pelajar.

Ayuh, bangkit! Semoga kita lebih termotivasi!.

RIZQIBARAKAH DI JOHOR BAHRU

Teks: Siti Aiesyah


Bismillah. Saya memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi atas izin-Nya, moga kami Shaklee Johor-Rizqibarakah beroleh manfaat atas penyertaan di Stadium Tertutup Johor Bahru yang bakal diadakan pada 5-7 September 2014.

Jemput hadir dan sama-sama memeriahkan lagi serta menyokong usahawan online. Semoga kita akan dapat sama-sama membantu meningkatkan taraf ekonomi disamping membantu pengguna yang ingin mendapatkan suplemen sihat, cergas dan berkhasiat, bersama kami Shaklee Johor-Rizqibarakah.

Maklumatnya seperti dibawah:-

  •   Booth 38
  •   Tarikh         : 5, 6 dan 7 Disember 2014
  •   Masa           : 12 tengah hari - 10 malam
  •   Tempat        : Stadium Tertutup MBJB

Hubungi saya 016 917 8799 untuk pertanyaan stok dan maklumat!
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Shaklee-Johor-Rizqibarakah/620285604747971?ref=hl

             


                       

Monday, 1 December 2014

Manfaat Pengambilan Vitamin C

Teks: Siti Aiesyah bt Yahaya

Bismillah. Alhamdulillah, Allah masih beri kita peluang untuk menghirup udaranya pada hari ini.
Bagaimana dengan makanan tengah hari anda hari ini? Jangan lupa sediakan hidangan buah - buahan untuk seisi keluarga.

Untuk mendapatkan manfaat nutrien terutamanya Vitamin C, saya sangat menggemari Vitamin C Sustained Release daripada Shaklee ini. Mengandungi 180 biji sebotol, ia tahan sehingga 6 bulan penggunanaan.
Walau bagaimanapun, pengguna yang mengalami masalah kulit yang kronik, boleh mengambil produk ini sehingga 3 biji sehari untuk kesan yang lebih cepat.

Setiap tablet Vitamin C ini mengandungi 7.5 hidangan oren termasuk kulitnya (500 mg).
Ujian klinikal telah membuktikan vitamin c dalam 2 tablet boleh kekal dalam badan kita sehingga 24 jam. Setiap tablet mengandungi 120 mg bioflavonoid (25% dari bioflavonoid, diekstrak dari kulit buah) yang dikenali sebagai Vitamin C Compleks. Ia berupaya melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria, dan radikal bebas.

Manfaat utama Vitamin C ialah:-

  • membentuk kolagen- kolagen adalah sebahagian asas otot, tisu, tulang, rangka dan tulang rawan. 
  • membaiki sistem pendarahan- kekurangan Vitamin C  penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kasar.
  • Peningkatan sistem imun- membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, dan mengurangkan simptom flu dan selsema.
  • mencantikkan kulit- ambil Vitamin c setiap hari untuk kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama pertumbuhan jeragat.

AMBIL PERHATIAN!

- Terlebih dos vitamin C (melebihi 12 kapsul) akan menyebabkan cirit-birit.
- Kostraseptif dan pil penahan sakit akan menyusutkan vitamin c yang banyak
- 1 batang rokok mampu melupuskan 50- 100 mg Vitamin C
- Keresahan akan mempercepatkan penyusutan vitamin C

Jom dapatkan Vitamin C sekarang dengan HARGA MAMPU MILIK!
SID: 1173442/ Siti Aiesyah
Hubungi 016 917 8799 
COD: Bandaraya Jb, Larkin dan BBU


Saturday, 29 November 2014

Cara Pengambilan Vitamin

Teks: Siti Aiesyah 


Bismillah. 

Saya sertakan panduan dan cara pemakanan vitamin. 

Panduan pemakanan yang tepat sangat penting untuk penyerapan optimum produk.


1. Ambil vitamin selepas makan kerana penyerapan vitamin lebih baik jika diambil bersama makanan.

2. Vitamin sustained released sangat sesuai diambil bersama makanan kerana nutriennya dilepaskan perlahan-lahan. Makanan membantu fungsi sustained released tersebut.

3. Vitamin dan mineral terbaik diambil bersama -sama untuk penyerapan optimum.

4. Vitamin larut dalam air (B dan C) : Seeloknya diambil bersama segelas air dan elakkan pengambilan makanan berlemak/berminyak.

5. Vitamin larut lemak (A,D,E,K) : Vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan. Sebaiknya diambil selepas anda mengambil makanan berlemak/berminyak.

6. Ostematrix (Kalsium) : Seeloknya diambil bersama minuman bersusu, atau diambil sebelum tidur. Sebagaimana susu dikatakan sebagai minuman untuk membantu kita tidur, kalsium dikatakan ada fungsi yang sama.

7. Lecithin : Diambil bersama- sama vitamin larut lemak yang lain.

8. Zinc : Diambil bersama makanan, kurang makanan boleh menyebabkan loya.










LARANGAN semasa pengambilan Vitamin

1. Jangan ambil Alfalfa bersama-sama vitamin E kerana ia boleh mengganggu penyerapan Alfalfa.

2. Jangan mengambil supplement zat besi (iron) bersama-sama Ostematrix kerana zat besi boleh mengganngu penyerapan kalsium. Walaubagaimanapun, kini zat besi sudah dilengkapi bersama-sama VitaLea. Oleh itu jika boleh, ambil kedua-duanya pada masa berlainan untuk mengelakkan gangguan penyerapan di antara kedua-duanya.

3. GLA tidak diambil bersama Alfalfa kerana GLA mengadungi Vitamin E.

4. Jangan ambil vitamin bersama-sama minuman berkafein kerana akan mengurangkan keberkesanan penyerapan vitamin.

5. Pesakit thalasemia tidak boleh mengambil VitaLea kerana Vitalea mengandungi iron.

6. Pesakit SLE tidak boleh mengambil Alfalfa kerana Alfalfa mengandungi sejenis asid amino-L-canavanine yang boleh menyebabkan keradangan.

7. Ibu hamil dan menyusu tidak boleh mengambil Vivix kerana mengubah DNA & hormon yang mengganggu proses kehamilan & penyusuan.

8. Ibu menyusu tidak boleh mengambil Cinch kerana Cinch mengandungi kandungan kalori yang rendah.

9. Ibu hamil dinasihatkan tidak mengambil alfalfa kerana alfalfa boleh mencetuskan kedatangan haid dan menyebabkan keguguran.

10. Pesakit anemia tidak boleh mengambil alfalfa kerana ia boleh memusnahkan sel darah merah.


*Note : Ini hanyalah cadangan untuk dijadikan panduan. Tiada jadual khusus bagi pengambilan vitamin.



TAK KENAL MAKA TAK CINTA

Teks: Siti Aiesyah

Hasil pembacaan daripada penulis tersohor, Ustaz Hazrizal Jamil, saya beroleh kefahaman dengan intipati yang disampaikan. Mari kita sama-sama kongsikan ilmu ini.

IBRAH
Ibrah ertinya teladan yang mengaitkan sesuatu dengan sesuatu. Setiap kisah, di cari kisah diri sendiri didalamnya. Ia dinamakan sebagai proses Ulul Albab, golongan yang mendapatkan kefahaman isi, bukan sekadar kulitnya.

Contohnya: Manusia mendapat inspirasi daripada alam ciptaan Allah dan manusia juga menyelongkar disiplin ilmu berdasarkan tanda dan kebesaran kuasa Allah.Saya sendiri perlu tekun menelaah banyak lagi ilmu yang belum diketahui. Benarlah, semakin banyak kita rajin menggali, banyak juga yang kita akan jumpa dan terasa lagi trilion ilmu yang kita tidak ketahui.

NILAI
Aqidah yang berfungsi , adalah aqidah yang membentuk pandangan hidup. Melihat kehidupan dengan pandangan hidup Islam.

Semua perkara yang kita lakukan selepas bangun pada pagi hari hingga ke malam untuk tidur semuanya ibadah, dan semuanya berkait dengan agama kita, kepercayaan kita. Jagalah dan tuntutlah ilmu dengan niat sebenar, agar jadi orang yang mengamalkan ilmu, bukan hanya menghafal ilmu tersebut.

PERUBAHAN
Kesusahan yang sama berulang kali, petanda perlu berlaku perubahan. Apa yang paling boleh diubah ialah diri kita, sikap dan tindakan kita.

Saya perlu berubah, keluar dari 'comfort zone' dan berbuat sesuatu yang dapat memberi nilai tambah dalam kehidupan orang lain. Bukanlah bermaksud kita tidak bersyukur, tetapi jika kita menggapai impian besar kaya dan berjaya, bukankah nilai infaq dan sedekah itu boleh saya gandakan nilainya? Boleh juga saya jadikan bekal hari kemudian?

DISIPLIN
Anak-anak perlu didisiplinkan. Asasnya adalah kasih sayang, bukan kebenciaan. Bertegas dalam kelembutan lebih baik daripada berkeras tanpa ketegasan.

Marcapada, cara didikan anak-anak sudah berubah. Rotan masih diperlukan walaupun ibu bapa zaman ini tidak menyukainya. Perangai dan karenah anak pelbagai, kita ibu bapa perlu menyesuaikan dan elakkan bertindak mengikut emosi, kelak merana diri. Oh, diri ini masih belajar, mudahkan kami Ya Allah.

BUDI BAHASA
Berhaluslah dalam berbicara. Ia mencerminkan tertibnya peribadi diri. Tinggi harga diri sendiri akan meninggikan penghargaan diri kepada orang lain.

Saya sendiri perlu berusaha untuk cuba berbicara dengan sebaik-baiknya. Kita punya kelemahan, tetapi perlu segera memperbaiki diri. Ya Allah, tunjukkanlah daku jalan kelembutan tetapi tegas dalam berbicara. Saya menyantuni emak sendiri, yang kerap kali meminta kami menutup mulut dan terus alih topik apabila ada  perbicaraan yang tidak enak didengar kelihatan ingin berpanjangan. Aura negatif tidak boleh sama sekali di biar berlegar, terima kasih emak! Berkawanlah dengan orang yang jiwanya positif, yang sebaliknya kita doakan kebaikan. 

RAMBUT GUGUR SAMPAI BOTAK?

Teks: Siti Aiesyah bt Yahaya


Bismillah.




Risau dengan masalah keguguran rambut yang kronik?
Rambut semakin botak dan mencacatkan penampilan.

Mudah sahaja. Anda boleh atasi masalah ini dengan mendapatkan set penjagaan rambut Prosante 
semestinya dari Shaklee. Suplemen yang membantu dalam merawat keguguran ialah Zink.

Jom tengok testimonial ini.



Untuk harga mampu milik, hubungi saya!

Konsultasi PERCUMA!

pm 016 917 8799

COD: Bandaraya JB/ BBU/ Larkin
POS: Seluruh Malaysia

Basic H Organic

Teks: Siti Aiesyah Yahaya


Bismillah.

Anda memerlukan bahan pencuci serbaguna yang selamat dan mesra pengguna?.Saya mencadangkan kepada anda untuk mencuba bahan pencuci serbaguna keluaran Shaklee. Ribuan kerja-kerja isi rumah dapat diselesaikan dengan menggunakan Basic H ini.

Tahukah anda bahawa kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap masuk ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan?. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon. Bahan pelarut organic seperti 'butyl cellosolve' merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung. Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal. Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.

Kepekatannya yang tinggi, iaitu 16 auns dapat menghasilkan sehingga 48 gelen pembersih berkuasa setelah dicampur dengan air. Basic H dapat menghilangkan kotoran, gris dan kotoran dari permukaan boleh di basuh baik di dalam dan di luar. Basic H tidak perlu dibilas, tiada sisa dan tiada bertoksik.

Arahan penggunaan:
1- Untuk pembersih tambahan, setiap 1/4 sudu ditambahkan dengan 16 oz air
2- Untuk tingkap dan cermin: tambah 1-2 titik ke dalam 16 oz air (jimat bukan!)
3- Untuk nyah gris: tambah 1 1/2 sudu teh pencuci dengan 16 oz air
4- Untuk kerja yang lebih besar: tambah 2 oz kepada 1 gelen air.

Pelanggan juga biasanya membeli untuk membasuh puting susu anak, terutamanya bagi puting bayi "newborn". Hanya titikkan 3-5 titik sudah cukup dan memadai.Mengikut label yang diberikan, basic H ini bersifat neutral iaitu ph 6.5-7.5. Jadi, ia tidak merengsakan kulit.







Cubalah. Anda pasti tertawan.


Friday, 28 November 2014

FACEBOOK ALGORITHM BAKAL BERUBAH?

Teks: Siti Aiesyah Yahaya
Bismillah.
Macam-macam cerita terbaru yang disebarkan, tersebar atau sudah diketahui walaupun 2015 belum menjelang lagi.
Terbaru, khabarnya Facebook mengadakan sekatan dengan mengurangkan 'reach' @ darjah ketersampaian pada pelanggan menjelang 2015. Post berbaur promosi akan di 'tapis' terlebih dahulu.Walaupun di Fanpage? Ohh tidak. Bersedialah.

Saya bukanlah arif dalam bidang ini, masih mencari-cari ilmu.




Perlu lebih fokus dan rajin 300% menggali khazanah ilmu.
Hehe.

ummuamani@ 5.00 pm