Monday 15 December 2014

8 Sebab Sukar Meraih Rezeki

Teks: Siti Aiesyah Yahaya





                                                       



Bismillah. Kelihatan tajuk berbaur negatif, tapi melihat icon senyum diatas, terus hati dan jiwa ini mengukir senyuman. Jom kita fahami sebab-sebab kenapa sukar untuk memperoleh rezeki.
Rezeki yang dimaksudkan mestilah rezeki yang berkat dan seterusnya menambahkan lagi keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah S.W.T.


8 SEBAB SUKAR MENJEMPUT REZEKI

1. Gemar mengungkit-ungkit pemberian
2. Asyik menyatakan duit tidak cukup (ingat, kata-kata adalah doa)
3. Berkira-kira untuk bersedekah walaupun seringgit
4. Berkira-kira untuk memberikan pertolongan
5. Riak bila bersedekah
6. Banyak membuat maksiat
7. Kurang / tidak banyak beristighfar
8. Tidak bersyukur dan banyak mengeluh



REZEKI

Takrifan rezeki selalu disalah anggap oleh kebanyakan orang dengan memahami bahawa WANG ialah rezeki utama. Hakikatnya, rezeki itu sangat luas maknanya. Pasangan hidup yang soleh/soleha merupakan rezeki yang sangat bernilai dalam kehidupan kita. Selain itu, rezeki juga termasuk didalamnya kebahagiaan, peluang menyambung pelajaran, dikurniakan anak dan keluasan masa. 

Sesungguhnya, kita memahami bahawa Allah s.w.t sebagai pemberi rezeki. Tetapi, wajarkah kita hanya menunggu rezeki datang?. Rezeki akan hadir jika kita tahu cara untuk menjemputnya. Rezeki itu sangat kuat hubungannya dengan Allah s.w.t dan ia bukan sekadar usaha kita 100% sahaja.

Allah menyatakan dengan jelasnmelalui firman-Nya di dalam al-Quran bermaksud:

Kepunyaan-Nyalah semua yang ada dilangit, dibumi, di antara keduanya dan yang ada dibawah tanah.                   (Thaha 20:6)



Allah juga menyatakan tentang jaminan-Nya iaitu:

Sesungguhnya, Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan tidak terhitung jumlahnya. (Ali'Imran 3: 37)           



Bagaimana caranya untuk mudah menjemput rezeki? Baca entri akan datang ye!

No comments:

Post a Comment