Tuesday 6 December 2016

Tip berjalan jauh atau melancong

Musim cuti sekolah sudah pun tiba. Saya percaya ramai ibu bapa mengambil kesempatan ini untuk membawa anak-anak pulang ke desa menemui datuk dan nenek tercinta. Selain itu, ada juga yang telah merancang untuk pergi melancong ke satu tempat atau destinasi yang berjaya menambat pilihan di hati.
Walau pun demikian, ibu bapa perlu bijak mengurus perbelanjaan dan merancang perjalanan agar masa yang diperuntukkan untuk bercuti menjadi sangat bermakna!! Percutian yang berkualiti pun ada tau! Haha..Percutian berkualiti bermaksud, apabila kita pulang sahaja daripada bercuti, kita akan sentiasa teringat akan kenangan sepanjang percutian tersebut. Baik kenangan indah atau kenangan pahit pasti tersimpan dalam kotak fikiran kita!

TIP SEBELUM PERGI MELANCONG

1- Buat perancangan awal- 
Tarikh yang dipilIh, destinasi, kenderaan yang akan digunakan dan anggaran bajet yang perlu ada. Perancangan awal perlu dilakukan agar percutian kita tidak menjadi kelam- kabut dengan rancangan yang sentiasa berubah- ubah. Banyak pilihan & tempat menarik boleh dilawati dan carian bolehlah dilakukan di Internet untuk mendapatkan maklum balas dari pihak orang ramai.

2- Periksa kenderaan anda-
 Jika bercuti menggunakan kenderaan sendiri atau pun kereta sewa, pastikan kenderaan tersebut berada dalam keadaan baik dan selamat. Jangan pulak bila nak bergerak baru perasan tayar sudah menjadi kempis kerana bocor atau 'allignment' kereta sudah tidak tepat. Elak risiko dengan menghantar kenderaan tersbut ke pusat servis kereta dahulu.

3- Bawa keperluan secukupnya - 
keperluan yang dimaksudkan ialah pakaian, peralatan diri dan wang. Jika bercuti ke tempat yang berhawa dingin, jangan tertinggal pula baju panas di rumah!!. Kecuaian tersebut menyebabkan kita terpaksa mengeluarkan belanja yang sepatutnya dijimatkan untuk membeli baju panas baharu!. Wah.. wang tersebut elok sahaja digunakan untuk menampung keperluan belanja yang lain.

4- Pastikan membawa kit kecemasan- 
Bagi anda yang perlu membawa ubat atau apa sahaja yang diamanahkan oleh doktor untuk merawat masalah kesihatan anda atau anak- anak, pastikan item ini berada dalam tempat yang paling selamat. Patuhi nasihat doktor dengan tidak melupakan masa yang perlu diambil untuk makan ubatan tersebut walaup[un anda sedang seronok bercuti.
Yang bawa suplemen Shaklee pun, boleh isi dalam 'pillbox' masing- masing. Bila rasa kurang sihat, boleh segera dapatkan vitamin untuk meningkatkan imun booster anda!!






Rasanya ini sahaja perkongsian yang dapat saya utarakan. Jumpa lagi di lain masa iya!


Syah nak pi bercuti sat dengan ahli keluarga. Semua ada, baik ayahanda dan juga bonda. tak sabar rasanya. 

Doakan perjalanan kami selamat pergi & pulang ya.




Saturday 12 November 2016

Halal atau tidak rezeki kita?

Teks :  Siti Aiesyah Yahaya



Bismillah. Saya membelek- belek buku catatan yang saya gunakan sepanjang menghadiri mesyuarat semasa di pejabat. Alhamdulillah, tertulis beberapa kata nasihat daripada Puan Pengetua sebelum kami memulakan agenda yang panjang lebar. Hehe. Saya kongsikan sedikit perkongsian untuk renungan kita bersama iya.

1. Bila manusia memikirkan dunia, melebihi hak yang sepatutnya dari hak Allah, hati akan menjadi huru hara, serabut dan tidak tenang. Iya kan, perasan tidak ye pembaca, sekiranya kita sibuk dengan urusan dunia dan hak Allah itu dilengahkan atau ditangguhkan, pasti hati kita menjadi tidak tenang dan resah. Jika kita punyai rasa itu, bersyukurlah, Allah masih sayang pada kita. Bayangkan jika kita tidak mempunyai apa-apa kesedaran dan kita semakin alpa, ohh alangkah rugi dan sedihnya. Kita terbiar dan dilalaikan.

2. Masalah datang adalah untuk diuji,  memang jawapan pada masalah ialah mencari penyelesaian dan bersama usaha mencari penyelesaian wajib ada sifat SABAR. Perkataan TAKWA dan SABAR banyak kali ditekankan dalam Al-Quran.


Ya Allah, jadikanlah kami hamba-Mu yang sabar! Ameen.





P/s : Sambungan entri ' Endometriosis penyebab sukar hamil?' belum dapat disiarkan. Apa kata pakar O & G yang merawat ana? Tunggu..hihi..

Ana sangat sibuk dengan penandaan kertas peperiksaan sambil- sambil mengambil pesanan dari kawan-kawan. 

Berminat dengan suplemen kesihatan dan ingin mendapat "Professional Consultation Exclusively", boleh wasap
 di 016. 9178.799..hehe
ADA APA DENGAN SEDEKAH?

Bismillah..

Saya kongsikan sedikit waktu sedekah yang saya ketahui.

> Sedekah yang dilakukan secara sembunyi- sembunyi
> Sedekah dalam keadaan sihat walafiat
> Sedekah setelah keluar daripada zon selesa
> Sedekah dengan kemampuan yang paling besar
> Menafkahi anak isteri juga disebut sedekah
> Bersedekah kepada kaum kerabat
> Bersedekah kepada jiran tetangga
> Bersedekah untuk jihad fisabilillah
> Bersedekah di jalan Allah
> Sedekah jariah

Apabila cucu Adam meninggal, maka terputuslah seluruh amalnya kecuali tiga; sedekah jariyah, ilmu yang dimanfa’atkan atau anak soleh yang mendoakan (orang tua)nya.” (HR. Muslim)

Ya Allah, jadikanlah aku orang yang suka bersedekah!! Ameen ya Rabb.

Monday 5 January 2015

Suplemen untuk kesihatan mata

Teks: Siti Aiesyah 




Melihat pada gambar diatas, terasa bersyukurnya Allah memberi kita nikmat mata. Mata anugerah terindah dan terbaik yang perlu di jaga sepenuhnya. Melalui pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin A, ia dikatakan dapat mempertingkatkan penglihatan. Antara cara menjaga nikmat Allah ini ialah dengan membanyakkan menikmati keindahan alam dan suasana kehijauan. Yang paling penting, mata terpelihara dari melihat dosa dan maksiat (nauzubillahimin zalik). Jarak membaca dan menonton perlu berada dalam jarak yang betul. Makanan juga membantu mendapatkan mata yang sihat. Jom kita tengok suplemen yang membantu dalam kesihatan mata.

CARATOMAX

Apa yang ada dalam Carotomax Shaklee ini?
Selalunya, pengambilan purata karatoneid lutein, likopena dan beta karotena kita dalam sehari adalah hanya 8 mg. Carotomax membekalkan lebih 13 mg karotenoid dan mempunyai banyak manfaat lain.

CaratoMax mengandungi 6 varieti karotena, diekstrak dari rangkaian sayuran dan buahan yang kaya dengan sifat anti-oksidan seperti rumpai laut, tomato, biji anggur, brokoli, epal, kentang minyak dan lain-lain. Ahli nutrisi mencadangkan 5-9 hidangan sayur dan buah-buahan untuk mengekalkan konsentrasi beta karotena didalam darah, seterusnya memelihara kesihatan penglihatan, kesihatan kulit dan mencegah kanser.

Manfaat utama Caratomax

-Mempertingkatkan penglihatan
Menghasilkan 'ungu visual' yang membolehkan kita mengekalkan penglihatan didalam gelap. Carotomax membantu masalah penglihatan rabun malam, glaukoma, katarak, eye bags dan gegelung hitam dimata.

-Meredakan penyakit kulit
Pengambilan yang banyak akan melegakan masalah kulit seperti psiorosis, kulit kering, kulit gugur, jerawat dan akne. Penggunaan luaran mengurangkan scabies, akne dan ulser kulit.

-Melindungi epithelial
ia memelihara lapisan luar kornea, rongga oral, usus, perut, paru-paru, bronkus, pundi kencing dan merawat ulser saluran usus.

-Menghalang Infeksi
Meransang enzim membunuh kuman, menyekat dan mertingkatkan kondisi sistem paru-paru, batuk,hepatitis, asma, flu dan selsema.

Satu hidangan Shaklee CarotoMax bersamaan dengan :-

*89 hidangan raspberi (alpha carotena)
*102 hidangan pisang (carotena)
*714 hidangan apricot (lycopene)
* 113 g salmon (astaxanthin)
* 285 hidangan buah anggur ( lutein & zaexanthin)

>>> banyaknya nak kena ambil hidangan buah-buahan kan?
>>> mesti tidak terdaya nak penuhkan perut dengan buah sahaja!
>>> jom ganti dengan mengambil Carotomax iya!

Kesan penggunaan

Sebahagian kecil kulit pengguna akan menjadi kuning selepas mengambil beta carotena, walaupun demikian, ini bukanlah jaundis. Carotomax adalah warna semulajadi botanik. Apabila usus kecil mengubah beta carotena menjadi vitamin A, ia meransang hempedu serta detoks hati dan pundi hempudu mengalir bersama darah ke tapak tangan kita. Proses detoksifikasi semula jadi dan anti oksida biasanya akan berlalu untuk beberapa bulan dan akan menghilang secara perlahan menghasilkan kulit yang baru dan cantik. 

Cadangan:

Untuk pemeliharaan kesihatan: 
1 kapsul dua kali sehari (selepas makan)

Untuk penyakit mata, semasa rawatan penyakit : 
2 kapsul dua kali sehari


 



* Saya menghadapi masalah rabun yang tidak banyak tetapi mengganggu tugasan. Sekarang, saya mengamalkan Carotomax dan sedang menunggu hasilnya.Ohh, saya sangat tidak suka memakai cermin mata. Moga Allah memberi penglihatan yang baik untuk kita.

Berminat? 
Hubungi saya : 016 9178 799 @ummuamani

Wednesday 31 December 2014

Selamat Datang 2015

Teks: Siti Aiesyah Yahaya





Alhamdulillah, selepas 2 minggu meyepi, pagi ini Allah datangkan kesempatan untuk berkongsi sedikit pandangan berkenaan masa yang telah berlalu. Ada pandangan menyatakan, barang yang lalu jangan dikenang, tetapi hakikatnya kita perlu juga mengenang kisah lalu agar yang buruk menjadi teladan dan peringatan untuk kita memperbaiki kesilapan. Masa lalu menjadi sejarah dan sudah pasti masa yang berlalu tidak akan datang kembali. Sebab itu ada pepatah menyatakan 'ingat 5 sebelum 5'. Jom kita tengok apakah perkara tersebut.


1. Masa kita sihat sebelum sakit
2. Masa kita muda sebelum tua
3. Masa kita kaya sebelum miskin
4. Masa kita lapang sebelum sempit
5. Masa kita hidup sebelum mati.


Masa sihat sangat bernilai kerana kita dapat melakukan semua pekerjaan dengan tenaga yang paling optimum. Selalunya, nikmat sihat ini hanya kita sedari selepas kita ditimpa kesakitan, penyakit atau keadaan yang membuatkan kita tidak mampu bergerak seaktif dan selincah orang lain. Pada masa inilah, kita akan berdoa bersungguh-sungguh, spesifik dan sentiasa mengenang masa lalu. Hakikatnya, Allah uji dan berikan kesakitan kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki. Walaubagaimanapun, banyak perkara mesti dilakukan untuk mendapat kesihatan yang terbaik, bukan sekadar menjalani kehidupan sehari-hari seperti biasa. Untuk mendapat kesihatan yang baik, kita mesti merencana merencana hidup dengan luar biasa. Umum mengetahui kesihatan berkait rapat dengan tabiat dan gaya hidup. Awal kehidupan, celik sahaja mata dari tidur, kesihatan diraih dengan tidak meninggalkan solat. Solat senaman yang paling luar biasa dan mengaktifkan semua cas atau ion dalam tubuh. Pernah saya terbaca dalam sebuah kajian berkenaan kebaikan solat dari segi saintifik. Allah yang menciptakan kita Maha Mengetahui kenapa solat itu diwajibkan. Kesihatan itu sesungguhnya berkait rapat dengan jiwa, hati dan qalbu. Itu pandangan saya. Selain mengamalkan pemakanan seimbang, sihat dan berkhasiat, amalkan juga pemakanan sunnah yang memang diketahui sangat baik membantu kita untuk lebih bertenaga. Topupkan dengan vitamin vitamin yang superb, kita akan menjadi lebih cergas! Semuanya dengan keizinan dari-Nya.

Masa muda sebelum tua. Bercakap soal tua, wanita biasanya paling alergik. Lihat sahaja apabila kaum ini ditanya berkenaan umur. Tidak semua suka menjawabnya. Ada yang sedaya upaya berahsia dan cuba menutup soalan dengan mengalih kepada topik yang lain pula. Haha. Saya tau taktik ini sebab banyak juga pengalaman berdepan situasi ini. Yang tidak berahsia pun ramai juga. Yang penting jiwa kita muda. Muda bermaksud sentiasa semangat, aktif dan teruja dalam menjalani kehidupan. Bukan suram, pasif dan longlai mendepani hari-hari. Hidup terlalu singkat untuk kita berkeluh-kesah. Positiflah. Kata-kata ini juga untuk diri saya. Hehe.

Masa kaya sebelum miskin. Sebut sahaja kaya, ramai mentafsirkan sebagai wang dan harta. Benar. Tetapi, ada takrifan yang lebih luas daripada  itu. Kaya jiwa, kaya akhlak, kaya senyuman, kaya peribadi. Hah. Beza kan. Kaya didunia tidak cukup sebenarnya. Ada pandangan menyatakan lebih baik miskin didunia tetapi kaya diakhirat. Tetapi, saya terfikir, bukankah lebih baik kita kaya didunia dan kaya diakhirat. Bukankah itu terbaik?
Boleh meninngikan nilai infaq dan sedekah! Boleh membantu menyebarkan dakwah! Jom kita jadi kaya didunia, dan kaya diakhirat! Sesungguhnya, kita semua sedar, kekayaan tidak akan datang bergolek. Semuanya perlukan usaha, pengorbanan dan ilmu, bukan sekadar duduk bergoyang-kaki dan bercakap dalam hati, aku nak KAYA! Oh, tidak. Itu bukan caranya. Cakap cakap tanpa ada tindakan tidak akan membuahkan hasil. Peribahasa menyatakan, bagai menunggu pohon atau pokok yang tidak berbuah. Walaupun demikian, miskin bukanlah pemutus kebahagiaan. Ada orang miskin harta, tetapi hidupnya bahagia dengan suara dan gelak tawa anak-anak. Ada orang kaya, tetapi jiwanya miskin dengan kebahagiaan hati dan sarat pula dengan kesakitan.

Masa lapang sebelum sempit. Saya pernah terbaca sekiranya kita masih mempunyai masa lapang, kita bukanlah pejuang yang sebenar. Orang yang berjuang tidak kiralah dalam arena mana pun dia berada sebenarnya tidak akan pernah mempunyai masa lapang. Hihi. Saya sangat menghargai masa senggang saya walaupun 10 minit. Terutama dengan si kecil cilik. Memandangkan apabila matahari terbit saya sudah bergerak ke tempat kerja, dan pulang selepas Asar, oh setiap waktu cuti akan cuba dimanfaatkan dengan si cilik. Setiap kali mengadap telefon atau komputer membuat tugasan, si cilik akan berada di sisi minta perhatian. Pernah satu hari, si cilik tiba-tiba menggigit tangan ini. Memang mungkin sebab giginya gatal, baru nak tumbuh dan suka menggigit (dalam masa seminggu tersebut) Allah memberi peringatan jangan asyik menghadap telefon atau komputer terutamya di saat anak menagih perhatian. Alhamdulillah. Saya lebih berhati-hati dan menghargai masa ketika bersama si cilik.

Masa hidup selepas mati. Subhanallah, Maha Suci Allah yang menghidupkan dan Dia berkuasa mematikan. Terputuslah semua perkara didunia ini melainkan tiga perkara:

- doa anak yang soleh
- sedekah jariah
- ilmu yang dimanfaatkan

Berusahalah  kita mendidik zuriat kita dengan sebaik-baik didikan, dengan mengenal ilmu yang paling asas sewaktu bayi lagi, iaitu ilmu tauhid, ilmu mengenal Pencipta. Bayi sewaktu kecil diajarkan mengenal Allah, akan lebih terdidik dan tenang jiwanya. Jauhilah perkara lagha dan hiburan yang  menceriakan tetapi sebenarnya merosak jiwa. Faham ke? Hihi. Contohnya, konsert kanak-kanak, rancangan tv mengarut dan seumpamanya. Oh tidak! Bahana apakah ini! Sebab itu, walaupun kita sudah dewasa dan merasakan kita sudah menyediakan yang terbaik untuk anak-anak, kita tidak semestinya sempurna dari melakukan kesilapan. Hadirlah seminar keibu-bapaan dan tuntutlah ilmu. Pengalaman saya melihat anak-anak yang tidak tenang jiwanya dan tidak fokus, lemah pembelajaran dan tidak kuat jiwanya menghadapi cabaran disebabkan ibu bapa dan keluarga membiarkan teknologi menguasai anak-anak. Salah sama sekali. Sepatutnya, kita yang menguasai teknologi. Gajet, televisyen dan kecanggihan yang lain perlu dikawal 200% oleh ibu bapa. Anak-anak yang tidak terasuh dan tidak matang lagi minda dan pemikirannya ini sangat mudah terikut-ikut dan meniru semua aksi dan perbuatan yang ditonton. Wahai ibu bapa, untuk mendapat anak yang soleh, kita dulu perlu berubah!

Umum kita mengetahui Allah menggandakan setiap sedekah kita. Walau  sikit atau kecilnya sumbangan kita, asal sahaja niatnya ikhlas kerana Allah, kita tidak perlu menunggu lama untuk beroleh ganjaran dari Allah. Jangan takut menghulurkan sumbangan, ganjarannya sangat besar. Apatah lagi kalau kita sumbangkan untuk agama, Subhanallah, Allah akan beri kecukupan. 

Ilmu yang dimanfaatkan adalah ilmu yang baik dan bukan ilmu yang sia-sia. Beruntunglah para ulama, murabbi dan pendidik yang ikhlas dan amanah jiwanya, ilmu yang digunakan dengan sebaik-baiknya kita sebagai penyampai ilmu tersebut turut mendapat saham dan keuntungannya diakhirat.

Saya sekadar berkongsi apa yang terlintas di hati dan semoga kita beroleh manfaatnya.

2015.
Semoga kita lebih dekat dan bertambah cinta kepada Sang Pencipta. Ayuh sama sama kita berusaha meningkatkan diri dan berubah ke arah yang lebih baik!

Tuesday 16 December 2014

7 Kelebihan Energizing Soy Protein

Teks : Siti Aiesyah Yahaya






Bismillah. Sejak dari semalam cuaca agak panas, dan hari ini hujan pun tidak lama, dan panas petang masih terasa membahang. Melihatkan kepada minuman di atas, tekak terasa minta diisi. Energizing Soy Protein dari Shaklee ini benar-benar terasa mengenyangkan. Apatah lagi jika kita campurkan dengan buah-buahan segar didalamnya dan diletakkan ais yang diksar. Subhanallah, nikmatnya air apabila dahaga! Jom kita semak kebaikan ESP ini.

Selepas membaca dan memahami kandungan dan label pada ESP itu sendiri, saya yakin ia disahkan mengandungi kualiti protein yang tinggi, dan hanya mengandungi "non-GMO" (non-genetically modified organisms) yang mana diproses pada kadar yang rendah. Setiap 850 g (satu tin ESP) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.

ESP ini menyediakan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Ia sangat sesuai untuk semua peringkat umur, tua dan muda. Manakala, kandungan indeks Glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39, menjadikan ia sangat sesuai juga kepada pengidap kencing manis.

Set hidangan dari ESP ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur,  12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolesterol, tiada asid urik dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.

KADAR GLISEMIK RENDAH

Jenis KARBOHIDRAT satu makanan bergantung kepada indeks glisemik makanan tersebut. Apa yang saya fahami, makanan dengan indeks glisemik tinggi meningkatkan kadar gula dalam darah dengan cepat. Maka, penderita diabetes memang disarankan untuk memilih makanan yang mempunyai indeks glisemik yang rendah. ESP memenuhi ciri-ciri ini. 



 MAKANAN
 INDEKS GLISEMIK
 Kekacang
14
 Buah anggur
 25
 Epal
 38
 Spagetti
 42
 Lobak merah
 47
 Oren
 48
Pisang 52


Produk ESP ini mempunyai GI 39 dan ia superb serta  mudah diserap!

7  KELEBIHAN ESP


1.  Awet muda
 Asid amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah,
 organ, kulit, gland dan lain-lain. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda.

2. Baik untuk hormon
Kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolesterol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.

3. Baik untuk prostat
Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada kanser. Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menepous, dan pembesaran prostat.

4. Kulit remaja
Meransang pembentukan semula kilit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, percepat sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.

5. Pembekal tenaga
Membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain dan imsonia.

6. Membaiki pigmentasi
Membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua.

7. Membaiki memori
Meningkatkan kualiti memori dan dorongan seksual.

                                                                               * sumber:buku panduan nutrisi

CARA PENGGUNAAN

2-3 kali sehari, 2 sudu besar semasa perut kosong
( boleh campur dengan Meal Shakes dan Performance Drink)

Alhamdulillah, pelanggan saya yang mengambil ESP memberikan rasa puas hati dengan minuman ini. Ada yang menambah, mereka senang untuk lawas, kulit bertambah cerah dan rasa kenyang sentiasa! 




Pm           :  016 9178 799
E-mel       :  sitiaiesyahyahaya@gmail.com
COD        :  Bandaraya Johor Bahru

Servis cepat dan cekap!

Monday 15 December 2014

8 Sebab Sukar Meraih Rezeki

Teks: Siti Aiesyah Yahaya





                                                       



Bismillah. Kelihatan tajuk berbaur negatif, tapi melihat icon senyum diatas, terus hati dan jiwa ini mengukir senyuman. Jom kita fahami sebab-sebab kenapa sukar untuk memperoleh rezeki.
Rezeki yang dimaksudkan mestilah rezeki yang berkat dan seterusnya menambahkan lagi keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah S.W.T.


8 SEBAB SUKAR MENJEMPUT REZEKI

1. Gemar mengungkit-ungkit pemberian
2. Asyik menyatakan duit tidak cukup (ingat, kata-kata adalah doa)
3. Berkira-kira untuk bersedekah walaupun seringgit
4. Berkira-kira untuk memberikan pertolongan
5. Riak bila bersedekah
6. Banyak membuat maksiat
7. Kurang / tidak banyak beristighfar
8. Tidak bersyukur dan banyak mengeluh



REZEKI

Takrifan rezeki selalu disalah anggap oleh kebanyakan orang dengan memahami bahawa WANG ialah rezeki utama. Hakikatnya, rezeki itu sangat luas maknanya. Pasangan hidup yang soleh/soleha merupakan rezeki yang sangat bernilai dalam kehidupan kita. Selain itu, rezeki juga termasuk didalamnya kebahagiaan, peluang menyambung pelajaran, dikurniakan anak dan keluasan masa. 

Sesungguhnya, kita memahami bahawa Allah s.w.t sebagai pemberi rezeki. Tetapi, wajarkah kita hanya menunggu rezeki datang?. Rezeki akan hadir jika kita tahu cara untuk menjemputnya. Rezeki itu sangat kuat hubungannya dengan Allah s.w.t dan ia bukan sekadar usaha kita 100% sahaja.

Allah menyatakan dengan jelasnmelalui firman-Nya di dalam al-Quran bermaksud:

Kepunyaan-Nyalah semua yang ada dilangit, dibumi, di antara keduanya dan yang ada dibawah tanah.                   (Thaha 20:6)



Allah juga menyatakan tentang jaminan-Nya iaitu:

Sesungguhnya, Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan tidak terhitung jumlahnya. (Ali'Imran 3: 37)           



Bagaimana caranya untuk mudah menjemput rezeki? Baca entri akan datang ye!