Wednesday 10 December 2014

Oh, tidak! Endometriosis?

Teks: Siti Aiesyah

Bismillah.

Saya sambung entri ini berkenaan penyakit yang saya pernah alami. Sejak saya disahkan mempunyai ketumbuhan dalam rahim, saya semakin rajin mencari. Mencari Ilahi, mencari sebab saya yang dipilh dari berjuta umat manusia, mencari punca dan sebab saya menghidap penyakit ini! Adakah ini penyakit genetik? Mari kita fahami dan berkongsi maklumat ini.







ENDOMETRIOSIS

Penyakit ini dikatakan sebagai penyakit yang luar biasa. Ramai wanita di luar sana sebenarnya boleh mengalami penyakit ini jika dibiarkan simptomya berterusan. Masalah yang biasa dialami ialah senggugut dan kesakitan, keguguran berulang dan boleh membawa kemandulan. Masalah senggugut  khususnya sejak awal usia remaja tidak bole dipandang enteng, kerana dikhuatiri memberi kesan selepas berkahwin.
Antara masalah lain ialah pendarahan , gangguan kencing, kesakitan dan lain-lain.

Tisu dari selaput endometrium telah tumbuh di luar rahim. Tisu ini boleh tumbuh pada kilang telur (ovari), belakang rahim, saluran fallopio, pundi kencing dan boleh juga terdapat di tempat-tempat aneh seperti parut bekas pembedahan untuk melahirkan anak atau tujuan lain.

Apa yang saya fahami, terdapat teori menyatakan ada kemungkinan darah kotor melimpah atau tumpah ke belakang rahim melalui saluran fallofio. Mungkin ini disebabkan keadaan rahim yang kedudukannya jatuh ke belakang iaitu ke arah tulang tongking (retroverted uterus).Keadaan rahim begini seringkali dikaitkan dengan endometriosis, sedangkan rahim yang menghadap ke hadapan  (anterverted) jarang menghidap endometriosis).

Dr. Tey, seorang pakar O & G dari Tey Maternity Specialist juga memaklumkan bahawa saya mempunyai retroverted uterus. Oh, subhanallah! Itu mungkin salah satu puncanya. Senggugut juga kerapkali berlaku, pernah saya dimarahi pensyarah kerana tidak dapat hadir ke kelasnya, sedangkan saya benar-benar tidak mampu untuk berdiri apatah lagi berjalan untuk menuju ke kelas!. Walaupun demikian, kesakitan itu sudah sangat berkurang selepas melahirkan anak. Alhamdulillah!

Hasil pembacaan saya juga mendapati, ada yang menyatakan ketahanan wanita tersebut telah lemah dan luntur. Oleh itu, sangat mudah bagi tisu ini tumbuh ditempat yang tidak sepatutnya! Jika keadaan ini berlaku dalam ovari, lama kelamaan darah akan berkumpul serta menyebabkan ovarian cyst atau choclate cyst kerana mengandungi darah kotor yang berbentuk seperti pasta coklat.

Bagaimana ia menyebabkan kemandulan?

Penyakit ini boleh merosakkan kilang telur dan mengakibatkan ketiadaan benih. Ia juga menyebabkan kerosakan pada saluran fallofio menyebabkan benih lelaki tidak boleh masuk untuk bertemu dengan telur. Ada juga berpandangan ia mengeluarkan racun yang membunuh sperma dan benih. Wallahu'alam.


Kita sambung bagaimana rawatan yang perlu diambil pada entry seterusnya ya.


Luv,
Ummuamani










   


No comments:

Post a Comment